Kewujudan wang pada peringkat awalnya digunakan untuk tujuan lain, selain dari perdagangan biasanya barang-barang yang diterima umu ialah barang kegunaan lansung yang tidak diperlukan, tahan lama & tiada masalah untuk ditukarkan semula. Peningkatan penggunaan sesuatu bahan atau barang sebagai medium pertukaran dan juga kestabilan piawaianya secara beransur-ansur akan menaikkan tarafnya sebagai wang. Permintaan tinggi sesuatu barang mungkin disebabkan oleh faktor bukan komersial.
Ramai menerima sesuatu barang sebagai pertukaran kerana digunakan untuk upacara keagamaan. Bayaran yang ditetapkan oleh masyarakat seperti bayaran denda terhadap kesalahan yang dilakukan, bayaran ufti, duit darah sekiranya berlaku pembunuhan serta wang hantaran perkahwinan. Pada mulanya wang bukanlah sekadar satu medium pertukaran malah ia juga satu cara menetapkan harga barangan iaitu bagi menentukan kadar yang berpatutan bagi komiditi yang hendak ditukarkan dengan barang yang lain. Apabila ia berfungsi begitu, wang dikatakan menjadi satu unit akaun.
Cara perkiraan mengunakan kulit siput gerus:
50 biji kulit siput gerus = 1 keping/pitis
3 keping/pitis = 1 sen/sou
100 sen/sou = 1 dolar = 15,000 biji kulit siput gerus
Sebahagian besar bentuk mata wang pada peringkat awl berupa komoditi yang dianggap bernilai ataupun yang dapat dijadikan barang hiasan dan seterusnya dapat digunakan bagi tujuan lain sekiranya tidak digunakan sebagai medium pertukaran. Mata wang awal ialah barangan yang paling mudah dipasarkan dalam komuniti berkenaan. Antara berntuk mata wang awal yang biasa didapati ialah binatang ternakan, teh, garam, siput gerus, tembakau, gula dan sebagainya. Apa-apa jua bentuk komoditi yang dipilih sebagai wang hendaklah tinggi permintaanya. Thank you for reading...
