![]() |
| Contoh duit syiling Lydia antara duit syiling yang terawal dicipta pada kurun ke-7 Masihi. |
Pembayaran menjadi mudah kerana nilainya dapat dibuat dengan beberapa kepingan logam. Nilainya juga mudah diukur dengan menimbang logam tersebut dan ia diterima sejagat. Sebahagian besar sejarah wang melibatkan duit syiling. Ia dikatakan dicipta lebih 2500 tahun yang lalu. Duit syiling merupakan mata wang yang paling penting di seluruh dunia dan ia menggantikan kebanyakan bentuk mata wang awal seperti siput gerus. Medium kewangan yang baik diterima umum, tidak mudah didapati dan boleh dibahagikan. Ia juga hendaklah tahan lama, mudah dibawa ke merata tempat dan setiap unitnya hendaklah berkualiti sama. Ciri-ciri ini biasanya boleh didapati pada logam berharga seperti emas dan perak. Oleh itu sudah tentulah bahan logam merupakan bentuk wang komoditi yang paling popular digunakan. Logam dipilih untuk dijadikan wang kerana ia memenuhi ketiga-tiga syarat:
- digunakan utk membuat pembayaran
- boleh diukur
- diterima umum
Pembayaran menjadi mudah kerana nilainya dapat dibuat dengan beberapa kepingan logam. Nilainya juga mudah diukur dengan menimbang logam tersebut dan ia diterima sejagat. Logam mudah dibayar dengan jumlah yang tepat kerana boleh dipotong menjadi kepingan kecil tanpa merosakkan nilai kandungannya. Di negara timur tengah purba, wang bahan logam ini mengikut berat masih digunakan hinggalah awal kurun ini. Walaupun selepas terciptanya duit syiling di Yunani, bulion perak dan tembaga masih penting dalam pembayaran. Kebiasaanya, pedagang atau saudagar akan menimbang jumlah yang dikehendaki semasa membuat pembayaran. Kepingan logam perlbagai saiz dan berat boleh dibawa ke merata tempat dan ini memudahkan pertukaran. Daripada sinilah bermulanya ciptaan duit syiling yang nilainya ditetapkan oleh berat logam berkenaan. Keadaan ini juga menerangkan mengapa perkataan seperti shekel dan paun yang pada mulanya merupakan kadar timbangan berat kemudiannya menjadi nama duit syiling. Thank you for reading.....
