Selamat berpuasa kepada para pembaca. Pagi ini saya mengharapkan agar pembaca dapat mengetahui bagaimana wang kertas terhasil. Wang kertas wujud adalah kerana timbul kesukaran untuk memindahkan duit syiling dalam jumlah yang besar ke merata tempat. Pada zaman pertengahan orang ramai lebih suka menyimpan duit tunai atau syiling serta barang-barang berharga pada tukang emas yang boleh dipercayai. Tukang emas tersebut akan mengeluarkan resit kertas untuk penyimpanan. Pemegang resit boleh memberi arahan kepada tukang emas dengan menulis surat pengesahan bagi menegeluarkan wang simpanannya untuk membuat pembayaran kepada saudagar lain. Jika anda mahu lihat persamaan fungsinya, lihatlah pada cek kerana ia lebih kurang sama fungsinya. Apabila ia mula menjadi kebiasaan, tukang emas mengeluarkan beberapa keping resit mengikut nilai yang dikehendaki oleh penyimpan iaitu sebagai ganti sekeping resit. Lama kelamaan resit terebut bertukar fungsi sebagai wang kertas bank. Pengeluar menyatakan jumlah bayaran yang dijanjikan kepada mana-mana pemegang yang mengkehendaki sejumlah duit tunai yang sama.
Daripada sini jugalah wujudnya sistem perbankan peringkat awal. Jurubank yang mendapat kepercayaan komuniti peniaga banyak mengeluarkan nota. Kebanyakan pemegang tidak bercadang menukarkan resit atau nota dengan duit perak mengikut jumlah yang diminta. Apabila sampai ke peringkat ini, nota bank bertukar menjadi wang. Thank you for reading......
